Tiada Pendeposit Tabung Haji keluarkan wang, 170 pendeposit baru dicatat hari ini - Zukri

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH), Datuk Seri Zukri Samat menjelaskan tiada pendeposit yang mengeluarkan wang ekoran isu melanda TH ketika ini. Malah, 170 akaun pendeposit baru dibuka pada Selasa. Jelasnya, ia membuktikan pendeposit TH tetap beri sokongan terhadap agensi itu.