Tutup

Tiada peraturan wajibkan peniaga miliki sijil halal

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim menegaskan cadangan mewajibkan peniaga restoran memiliki sijil halal memerlukan pandangan daripada pelbagai pihak. Ketika ini, jelasnya, tiada peraturan mewajibkan mana-mana syarikat mendapatkan sijil pengesahan halal Malaysia, SPHM dari JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri, atau Majlis Agama Islam Negeri.