Tiada rekod Najib beri "arahan" KWAP luluskan pinjaman - Saksi 35

Hari ke 17 kes perbicaraan SRC International Sendirian Berhad membabitkan mantan perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Saksi ke-35 Azlida Mazni Arshad memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa minit mesyuarat Kumpulan Wang Persaraan Kwap tidak menunjukkan mereka dipaksa mantan perdana menteri itu meluluskan pinjaman bernilai RM4 billion kepada SRC International Sendirian Berhad.