Tiada sebarang keputusan Bersatu masuk Sabah - Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) belum membuat sebarang keputusan sama ada parti itu akan melebarkan sayapnya ke negeri Sabah. Menurut Perdana Menteri yang juga Pengerusi Bersatu, perkara itu hanya akan diputuskan dalam mesyuarat parti itu selepas mengambil kira pandangan akar umbi.