Tutup

Tiada siaran langsung perbicaraan Najib di RTM dan BERNAMA

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo menolak cadangan supaya perbicaraan kes mahkamah melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disiarkan secara langsung. Beliau menegaskan perbicaraan itu tidak akan disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA).