Tiada suspek rakyat Malaysia terlibat dalam serangan di Sri Lanka

Polis di Raja Malaysia (PDRM) sahkan rakyat Malaysia tidak terlibat dalam siri serangan di beberapa gereja dan hotel di Sri Lanka, Ahad lalu. Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun perkara itu disahkan hasil siasatan awal pihaknya.