Tiada tangkapan pelaku pembuangan sisa toksik Sungai Kim Kim

Polis masih belum membuat sebarang tangkapan ke atas mana-mana suspek berhubung pencemaran sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, bagaimanapun pihaknya telah menerima sebanyak 51 laporan polis setakat ini.