Tiada transaksi babitkan akaun bank Azmin - SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mengesan sebarang transaksi membabitkan beberapa akaun bank yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berhubung laporan yang dibuat Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam.