Tiada unsur jenayah dalam kes kematian doktor

Polis mengklasifikasikan kematian seorang doktor perubatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Selasa lalu sebagai mati mengejut. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu,Superintanden Suffian Sulaiman berkata hasil laporan bedah siasat mendapati tiada kesan jenayah pada mangsa.