Tiba masanya pencarian MH370 dihentikan

Sudah sampai masanya pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 dihentikan, kata perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Ini kerana pencarian sudah memakan masa lebih empat tahun merangkumi kawasan yang luas, namun sehingga kini tiada sebarang bukti yang menunjukkan pasukan penyiasat semakin dekat untuk menemui jawapan kepada misteri kehilangan pesawat itu.