Tutup

Tidak akan letak jawatan sebagai penaung Permata - Datin Seri Rosmah

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menegaskan beliau tidak akan meletak jawatan sebagai penaung program Permata walaupun ada desakan daripada parti pembangkang supaya beliau berbuat demikian. Ini, katanya, kerana segala usaha dan kudrat yang beliau sumbangkan selama ini tidak sedikit pun untuk kepentingan diri sendiri, sebaliknya satu daripada usaha beliau menyumbang kepada negara khususnya buat anak-anak pewaris negara.