Tidak berganjak pendirian, Clare akui diancam

Clare Rewcastle Brown kekal dengan pendiriannya untuk tidak menarik balik laporan berkaitan penyaluran dana dari UMNO kepada Pas. Tegas Pengarang Sarawak Report ini, walaupun menerima pelbagai ancaman, beliau kekal konsisten bahawa terdapat pemimpin kanan UMNO yang menyalurkan wang berjumlah RM2.5 juta kepada Pas.