Tutup

Tidak berhasrat menyinggung mana-mana pihak - Azmin

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan sokongannya terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed untuk terus memimpin negara adalah demi kestabilan ekonomi dan politik negara. Jelasnya, beliau tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak dalam mengeluarkan kenyataan tersebut dan berharap ia tidak disalah tafsir.