Tutup

Tidak berkompromi pegawai kerajaan menerima suapan

Kerajaan negeri Melaka tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai yang disyaki terbabit dengan sebarang bentuk tindakan dan kegiatan menyalahi undang-undang. Ini kerana setiap pegawai perlu berintegriti dan lebih telus dalam menjalankan tugas tanpa mengambil sebarang kesempatan dan menyalahgunakan kuasa masing-masing.