Tidak mustahil MIC dan MCA keluar BN

MIC dan MCA berkemungkinan keluar daripada Barisan Nasional (BN) sama seperti yang berlaku kepada komponen di Sarawak dalam beberapa situasi yang tidak dapat dielakkan. Penganalisis Politik Universiti Malaya, Profesor Dr Awang Azman Awang Pawi bagaimanapun berkata, dalam keadaan sekarang, MIC dan MCA hari ini dilihat lebih memerlukan bn untuk survival politik masing-masing.