Tutup

Tidak perlu gugur jawatan Exco ditahan di bawah SOSMA

Tiada keperluan menggugurkan jawatan Exco kerajaan negeri Melaka, selepas ditangkap di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari, berkata penahanan Exco itu hanya bagi membantu siasatan dan belum disabitkan dengan sebarang perlanggaran undang-undang negara.