Tidak semua individu bawah umur ditahan di bawah POCA

Tidak semua individu bawah umur yang ditangkap polis akan dikenakan perintah tahanan atau perintah pengawasan polis di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA). Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan setiap individu yang ditangkap akan melalui proses siasatan yang terperinci.