Tidak timbul isu nepotisme di PRK Port Dickson

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali percaya, tidak timbul isu nepotisme dalam kerajaan susulan pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil PRK Parlimen Port Dickson. Jelas Timbalan Presiden PKR itu, paling penting kini memastikan kerusi itu kekal milik Pakatan Harapan (PH) dan kerjasama semua pihak untuk menambah undi majoriti dalam PRK berkenaan.