Tiga ahli sindiket dadah tumpas

Tiga ahli sindiket pengedaran dadah diberkas dalam serbuan berasingan di daerah Seberang Perai. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata serbuan dilakukan di beberapa rumah di kawasan Mak Mandin, Butterworth dan Raja Uda.