Tiga anggota bomba cedera kemalangan

Tiga anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik mengalami kecederaan selepas jentera yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di kilometer 11 Jalan Raya Timur Barat dekat Gerik, pada Khamis. Jurucakap BBP negeri Perak berkata kemalangan kira-kira pukul 10.50 pagi itu berlaku selepas jentera bomba berkenaan dalam perjalanan pulang dari operasi pemadaman kebakaran melibatkan sebuah lori muatan getah.