Tiga anggota TLDM didakwa

Tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia didakwa di Mahkamah Majistret Seri Manjung atas tuduhan membunuh dan mencederakan dua anggota ketika dalam tahanan pada 28 dan 29 September lalu. Laskar Kanan Mohd Izhrifikri Roslee, 29 tahun, didakwa dengan dua pertuduhan membunuh, manakala Laskar Kanan Hamzah Zakaria, 35 tahun dan Laskar Kanan Mohd Farid Musa,32 tahun didakwa dengan tiga pertuduhan mencederakan dua mangsa yang sama.