Tiga beranak rentung dalam kebakaran

Tiga beranak termasuk dua kanak-kanak rentung dalam kebakaran membabitkan empat buah rumah di perkampungan Sungai Isap 2 di Kuantan, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 pagi itu, mangsa terdiri seorang wanita berusia dalam lingkungan 30an dan dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia dalam lingkungan 10 tahun dan tujuh tahun.