Tiga daripada empat mayat mangsa tanah runtuh dikenalpasti

Polis sudah mengenalpasti identiti tiga daripada empat mayat pekerja asing warga Myanmar yang maut tertimbus dalam insiden runtuhan ditapak binaan tembok penahan tanah di Lost Paradise Resort Tanjung Bungah. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata,mangsa dikenali sebagai Nai Cho Inn, 49 tahun, Ong 40an dan Maung Htwe,38 tahun manakala identiti seorang lagi masih belum diperolehi.