Tiga fokus utama Tommy Thomas

Peguam Negara, Tommy Thomas memulakan tugas di pejabatnya di Putrajaya hari ini. Beliau tiba jam 1:21 petang terus mendapat perhatian media dalam dan luar negara. Tiga perkara akan menjadi keutamaan dalam menjalankan tugasnya. Antara lain termasuk siasatan terhadap kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan juga untuk memansuhkan undang-undang yang menindas terutama yang dibuat secara tergesa-gesa seperti Akta Anti Berita Tidak Benar dan Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan.