Tiga individu termasuk CEO direman seleweng projek RM3 juta

Tiga individu termasuk bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) dan bekas timbalannya direman lima hari selepas dipercayai menerima suapan membabitkan projek bernilai kira-kira RM3 juta, sejak 2016. Perintah reman terhadap ketiga-tiga suspek yang berusia 37 hingga 56 tahun dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Melaka, Teoh Shu Yee bagi bantu siasatan mengikut seksyen 17(A) Akta SPRM 2009.