Tiga jambatan baharu di Sarawak

Kerajaan persekutuan kini merancang untuk membina 3 jambatan bagi negeri Sarawak pada tahun ini. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Haji Fadillah Yusof, berkata ia membabitkan jambatan Batang Igan di Mukah, jambatan Batang Rambungan di Kuching, dan jambatan Batang Lupar, Sri Aman.