Tutup

Tiga jawatankuasa kaji model baru ganti BERNAS

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengemukakan model baru bagi menggantikan monopoli Padiberas Nasional Bhd. (BERNAS) yang bakal berakhir pada tahun 2021. Menterinya, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya akan melakukan kajian meliputi pelbagai aspek bagi menyediakan laporan bagi menjayakan manifesto yang diwar-warkan sebelum ini.