Tiga kampung terjejas banjir kilat di Kulim

Hujan lebat berlanjutan lebih satu jam mengakibatkan tiga kampung di daerah Kulim, Kedah dilanda banjir kilat pada Jumaat malam. Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu 25 mangsa terpaksa berpindah sementara ke rumah jiran dan saudara mara terdekat selepas rumah mereka dinaiki air sedalam 0.5 meter.