Video  |  Malaysia

Tiga lelaki bebas tuduhan promosikan aktiviti keganasan

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskan tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia daripada pertuduhan mempromosikan aktiviti keganasan di negara ini, dua tahun lepas. Pembebasan Ali Saifuddin, 30, yang merupakan warga Indonesia, Nor Azmi Jalani, 30, dan Mohd Yusri Mohamed Yusof, 29, dibuat Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ab Karim Ab Rahman. Beliau membuat keputusan itu selepas mendapati keterangan pembelaan mereka berjaya menimbulkan keraguan munasabah.