Tiga lelaki didakwa edar 201kg methamphetamine

Tiga lelaki berdepan tali gantung selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini, atas dua pertuduhan mengedar 201.3 kilolgram methamphetamine di Ayer Keroh, dua minggu lalu. Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh sejurus kertas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Mandarin, di hadapan Majistret, Mohd Firdaus Saleh.