Tiga mangsa pemerdagangan manusia diselamatkan polis

Tiga lelaki warga India yang disyaki menjadi mangsa pemerdagangan manusia berjaya diselamatkan polis di sebuah premis di Kampung Jeram Bungor Kerambit di Lipis, Perak pada Sabtu. Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, turut ditahan seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun yang juga majikan mangsa.