Tiga mangsa runtuhan tiang, bumbung kritikal

Tiga pekerja warga asing yang cedera parah dalam insiden runtuhan tiang dan kerangka bumbung bangunan sebuah kilang di kawasan perindustrian perai pada Jumaat masih kritikal. Dua lelaki warga Myanmar dan seorang warga Indonesia yang dirawat di unit rawatan rapi Hospital Seberang Jaya mengalami kecederaan di kepala dan badan.