Tiga maut dalam kemalangan bas dan kereta

Tiga maut manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan yang membabitkan sebuah kereta jenis perodua Myvi dan bas persiaran di Jalan Gerik-Baling, pada Isnin. menurut jurucakap Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihak Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Gerik menerima panggilan pada jam 5.11 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.