Tiga maut, satu parah kemalangan di Segari

Tiga maut manakala seorang cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Batu 11 Segari pada Selasa. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis, Mohamad Sururi Ismail berkata kemalangan pada kira-kira pukul 11.30 malam itu membabitkan kereta jenis Proton Iswara dan Proton Persona yang saling bertembung antara satu sama lain di lokasi.