Tutup

Tiga negara sedia terima kembali 89 kontena sampah di Malaysia

Tiga negara sudah bersetuju menerima kembali 89 kontena mengandungi sisa plastik dan sampah yang tersadai di pelabuhan di negara ini. Menurut Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Yeo Bee Yin, tiga negara terbabit adalah antara beberapa negara asal kontena yang sudah dihubungi untuk tujuan berkenaan.