Tiga pendekatan diambil oleh Kementerian Kesihatan untuk menangani kesihatan mental- Dr Dzul

Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan usaha-usaha yang dilakukan oleh Kementerian bagi menangani masalah kesihatan mental rakyat Malaysia yang semakin membimbangkan agar masalah tersebut dapat dikurangkan selari dengan visi Kementerian Kesihatan untuk melahirkan suatu masyarakat yang seimbang dan sihat dari segi psikologi.