Tutup

Tiga saintis wanita tempatan dianugerahkan L'Oreal- UNESCO FWIS

Tiga saintis wanita tempatan diberi penghormatan anugerah L'Oreal- UNESCO Fellowship for Women in science (FWIS) sebagai pengiktirafan dalam usaha mereka menghasilkan kajian yang inovatif. Projek yang mereka hasilkan melangkaui sempadan dalam bidang sains merangkumi kajian seperti kajian ketepatan ramalan risiko kanser, pencegahan masalah berat badan dan kejuruteraan bahan.