Tiga sekeluarga maut dalam kebakaran di Kampung Lindungan

Tiga sekeluarga maut termasuk seorang daripadanya rentung selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah teres tiga tingkat di Kampung Lindungan, Petaling Jaya, Selangor awal pagi tadi. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Norizham Mohd Nudin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.47 pagi.