Tutup

Tiga suspek warga China masih dalam negara - Polis

Polis Pulau Pinang percaya tiga lelaki warga China yang dikehendaki kerana dipercayai terlibat dalam kejadian melempar bom palsu di sebuah rumah di Bukit Gambir, 4 November lalu masih berada di Malaysia. Malah, polis Pulau Pinang juga akan minta bantuan polis antarabangsa (Interpol) untuk kesan suspek jika mereka sudah meninggalkan negara ini.