Tutup

Tiga termasuk warga Iran dijatuhi hukuman gantung

Tiga lelaki termasuk dua warga Iran dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak pada Jumaat atas kesalahan mengedar 20.89 kilogram methamphetamine, tiga tahun lalu. Hakim Datuk Che Mohd. Ruzima Ghazali membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir pembelaan.