Tutup

Tiga wanita maut dalam kemalangan di Jalan Pesisir Bintulu-Miri

Tiga wanita maut dalam satu kemalangan melibatkan sebuah lori trailer dan sebuah kenderaan Toyota Fortuner di Jalan Pesisir Bintulu-Miri, Sarawak, pada Rabu. Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu, Azman Johari berkata mangsa-mangsa dikenal pasti sebagai Gensa Unggau, Nuai Bakar dan Lengidi Koling, yang berusia antara 23 dan 57 tahun.