Tikam suami: Isteri didakwa membunuh

Samantha Jones, wanita Britain yang menikam suaminya hingga mati didakwa di bawah seksyen 302 kanun keseksaan. Suspek, 62 tahun, ditahan polis pada 18 Oktober lalu, selepas suaminya, John Williams Jones, seorang bekas anggota bomba, ditemui mati ditikam di rumah mereka di Langkawi.