Tiket bas ke setiap destinasi mula terjual dengan cepat

Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri bulan depan, tiket-tiket bas untuk ke setiap destinasi sudah mula terjual dengan cepat. Bagaimanapun keadaan di terminal-terminal bas masih lagi tenang ketika tinggal 20 hari menuju perayaan Aidilfitri tahun ini. Butiran lanjutnya kita bersama Israr Khalid yang membawakan laporan dari Terminal Bersepadu Selatan.