Timbalan Menteri Dalam Negeri cedera dalam kemalangan

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman yang terbabit dalam kemalangan motosikal berkuasa tinggi pagi tadi, kini dirawat di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu. Mohd Azis dipindahkan ke wad kecemasan di hospital swasta itu kira-kira jam 2 petang dari hospital daerah Tuaran.