Tutup

Tindakan asing gelas tidak ikut pekeliling: KPM

Tindakan pentadbir sebuah sekolah rendah yang mengasingkan gelas minuman untuk pelajar Islam dan bukan Islam dilihat tidak bertepatan serta bersesuaian dengan peraturan dan pekeliling Kementerian Pendidikan sedia ada. Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sebaliknya, pentadbir sekolah harus berperanan mewujudkan perpaduan dan menjaga sensitiviti kepelbagaian kaum.