Tindakan senarai hitam akan diambil kepada kontraktor

Kontraktor yang gagal menepati tempoh jangka siap bagi projek-projek Kementerian Pertahanan akan disenarai hitam. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien berkata, projek seperti pembinaan klinik, rumah-rumah di kem dan sekolah amat ditekankan kerana ia berhubung kait dengan kebajikan para tentera.