Tutup

Tindakan tegas pinjamkan kereta kepada warga asing tanpa lesen

Tindakan tegas akan dikenakan kepada pemilik yang meminjamkan kenderaan mereka kepada warga asing yang tidak mempunyai lesen memandu sah. Lesen memandu pemilik kenderaan juga boleh digantung termasuk dikenakan hukuman berat sekiranya kenderaan mereka terlibat dengan kemalangan yang meragut nyawa pengguna jalan raya lain.