Tutup

Tingkat hukuman ke atas pemandu mabuk, APJ 1987 dikaji

Kementerian Pengangkutan akan meneliti dan mengkaji cadangan untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 sedia ada. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, langkah itu selaras dengan cadangan meningkatkan hukuman terhadap pelaku kesalahan jalan raya sehingga menyebabkan kematian terutamanya memandu di bawah pengaruh alkohol.