Tingkat penglibatan bumiputera dalam BOCE

Penglibatan Bumiputera perlu dipertingkat di dalam platform digital e-Dagang Bohai Commodity Exchange Co (BOCE) Malaysia/Asean selain agensi perdagangan tempatan yang disertai peniaga tempatan selama ini. Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM), Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, ia sekali gus memperkembangkan kebolehan dan membuka pasaran usahawan ke seluruh dunia.