Tutup

Tingkatkan bilangan pelajar pekak di universiti

Institut pengajian tinggi awam mahupun swasta diminta agar mewujudkan lebih banyak perkhidmatan jurubahasa isyarat untuk memberi lebih banyak peluang dan akses pendidikan kepada komuniti pekak. Menurut Setiausaha Persekutuan Orang Pekak Malaysia, Eaminoor Zakiah Mad Zuki, walaupun tidak ramai komuniti pekak di peringkat IPTA / IPTS namun usaha untuk meningkatkan bilangan itu perlu dilakukan.